twitter


Hyee Assalammualaikum ^_^

Akhirnyaa! Yeayyy akhirnya siap jugak segala dokumen HP dengan pembuktian semua tu. Selesai dah segala assingment untuk sem ni. SO lepas ni kita fokus kat final je lah.

Hee aku sebenarnya post hari ni untuk share sikit video Temasya Highlanders  untuk pembuktian HP tu.  
Simple je pon video nya. hee


Umi Nurfazilah's Slidely by Slidely Slideshow


Hyeeee Assalammualaikum ^_^

Arghh stress! Em dah last-last sem ni patutnya busy study, tapi aku busy nak siapkan laporan untuk HP. Bagi yang tak tau HP tu ape, HP ni satu sistem kontrak pembelajaran. Yang mana kami kena buat laporan atas program yang dah dijalankan mengikut HP yang diambil. Dekat UKM je ada sistem HP HP bagai.

Ada 8 HP yang kena setel sepanjang tempoh pengajian ni. That means satu sem kena ambil 2 HP. Sem ni aku ambil HP Komunikasi dengan Sosial dan Kebertanggungjawaban.

And the problem here is, leturer yang nak nilai HP ni tak ada buat apa-apa perjumpaan dan tak ada bagitau dokumen ape yang dia nak sebagai pembuktian. So kami as a student ni tak tahu kena hantar apa. Nanti hantar salah kang dapat title SM (sedang maju) or senang kata tak lulus la. em

Kalau tak lulus kena repeat HP yang sama untuk sem depan.

Dengar-dengar cerita sistem HP ni nak dimansuhkan atau ditukar sem depan. Em harap-harap betul la benda tu.
sebenarnya kami tak ada masalah untuk buat laporan semua ni kalau lecturer tu guide and bgtau ape yang dia nak. Sebab lain lecturer lain cara and yang dia nak tengok.

Em okey la. Kena sambung buat laporan tu lagi.
Byeee Assalammualaikum


Assalammualaikummmmmm ^_^

Hari ni nak cerita pasal lab test 2. Lab test kali ni pasal Microsoft Access. Alhamdulilah boleh buat cuma tak siap sikit je lagi. Sebab ada bazirkan masa untuk relationship. 

Tak tahu la kenapa tapi mula-mula aku tak boleh nak buat relationship tu. Then amek keputusan buat balik table vehicles then baru boleh byat relationship.

Tapi tak pe la. In Sya Allah ni lagi okey dari lab test yang first.

So okey la. huu Byeee ^_^ 


Assalammualaikum guyssss ^_^

Pergh tajuk Big Apple kali ni. Hehe tadi makan donut House of Mini tu. Tu yang teringin Big Apple pulak. Favorite aku tu. hehe

Memang kalau dah nak dekat-dekat exam ni semua benda kita nak makan ek? Stress mungkin. Sebab nafsu makan ni makin membuak-buak pulak. Nak Big Apple la, KFC la, pizza la. Haihh kalau ikutkan nafsu ni bankrup sebelum sempat final la jawabnya. Huuu

Tapi tak pe la, memang kalau ikutkan nafsu semua kita nk. So kita sendiri kena lah kawal nafsu n jangan layankan nafsu tu.

Em ok la. Sampai sini je cerita untuk hari ni. Btw, Good Luck untuk final exam nanti. 
Assalammualaikum



Hyee Assalammualaikum ^_^

Okey mood aku hari ni nak cerita pasal majlis jasa mu dikenang. Hee majlis ni sempena Penyerahan Jawatan Kak Fara sebagai Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)Keusahawana. So MEP yang baru bagi sesi depan ialah Fikri Herman.

Majlis ni dibuat hari Rabu lepas bersamaan 29/5/2014. Majlis kecik-kecik je. Yang best nya Kak Fara masak Bihun sup untuk ktorg. Dah jadi mantan MEP Keusahawanan la baru nak masak untuk ktorg ni. Hehe

Kak Fara dengan MEP Keusahawanan baru, Fikri Herman


Antara coretan yang ahli Kelab Keusahawan tulis untuk Kak Fara

Lastly aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Kak Fara dan senior-senior lain sebab banyak bantu n bagi tunjuk ajar kat ktorg ni. 

So I'm wanna sleep now. Its already 2am. Huu 

Good Night! Assalammualaikum ^_^


Hyee Assalammualaikum ^_^

Okey kalau korg nak tau, untuk subject Aplikasi Komputer ni aku kena buat dua tugasan. First kena buat blog ni and lagi satu kena buat access.

Blog ni tak de masalah. Tapi kenapa access aku tak boleh bukak ?! Patutla hari tu punya access yang buat dalam kelas bila transfer ke laptop aku tak boleh bukak. Ingatkan kenapa lahaii. Rupanya memang komputer aku la yang masalah.

So sekarang ni kena la pandai cari alternatif lain untuk siapkan access ni. Hm okey la. HArap harap berjaya jugak la siapakn access ni dalam masa yang ditetapkan.


Hyee Assalammualaikum ^_^

Okey hari ni aku nak cerita pengalaman sikit masa guna Microsoft Access ni.
Actually dalam kelas Aplikasi Komputer last week la first time aku guna Access ni. Kalau tak ada kelas ni entah-entah tak pernah tahu pon nak guna macam mana.

Well, aku tau nampak macam jakun and ketinggalan sikit, But do I care? Pada aku, kita tak pernah terlambat untuk belajar apa benda sekali pon. :)

So first time guna Access takut-takut gak sebab takut tak dapat ikut ke susah ke ape benda semua tu. Tapi nasib baik Dr.Norazila okey tak laju sangat, kalau laju mesti tertinggal and give up nak buat benda ni.

But yang aku tak boleh lupa bila komputer tu termati sebab kaki aku ni gatal sangat tak reti duduk diam. Then entah macam mana boleh tertutup suis komputer tu.

Okey perasaan masa tu tak tau nak cakap sebab dah buat banyak kot. Masa tu cuma terfikir harap-harap la tak hilang semua benda tu. And Alhamdulilah memang tak hilang pon segala kerja yang aku buat tu. Access ni automatik save agaknya.

Lega sangat lepas tu. Haha so lepas ni kaki tu kena jaga-jaga sikit. Hee so tu je la kot pengalaman aku untuk first time using Access ni.

Okey la cukup untuk tajuk ni. Kita jumpa untuk next topic pulak k? Huu


Byee Assalammualaikum