twitter


Hyeee Assalammualaikum ^_^

Tengok tajuk entri aku kali ni. Radiasi Laptop? Em kita ni as a student yang hidup dekat zaman serba IT ni memang tak kan lari daripada pelbagai jenis radiasi contohnya radiasi laptop dan telefon bimbit.

So hari ni aku nak share sikit cara nak elakkan radiasi laptop ni. Selamat mencuba!

  • Pasang filter pada monitor komputer anda untuk menahan radiasi agar tidak sampai ke mata.
  • Pilih monitor yang berbentuk LCD/LED.
  • Jarak mata minimal 50-100 cm ke monitor komputer.
  • Usahakan monitor sejajar dengan mata anda. Jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi.
  • Aturlah warna pada layar monitor sehingga enak dipandang mata. Jangan terlalu terang kerana dapat menyebabkan mata anda menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap,karena akan menyebabkan mata anda bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.
  • Atur screen refresh rate menjadi 75 htz. Caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor, lihat kolom screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.
  • Sering kelipkan mata untuk merangsang kelenjar airmata mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi basah dan lembab.
  • Pakailah kacamata khusus yang bisa dipakai pada saat menggunakan komputer.
  • Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, rehatkan mata minimum 15 minit. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti pokok atau daun daunan. Kerana menurut pakar, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.
  • Banyakkan memakan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak, dan selalulah berjumpa doktor untuk memeriksa mata. 
  • Jangan terlalu lama menggunakan jaringan wireless, hotspot, modem, wifi. Kerana bahayanya sama saja kita menggunakan HP.
  • Gunakan selalu bateri pada saat menggunakan laptop untuk mengurangi radiasi yang berlebihan.
  • Jangan gunakan laptop ketika sedang di cas, kerana radiasi akan semakin meningkat.


Assalammualaikum ^_^

Semua dah mandi ke ni ? hahaha. Kenapa aku tanya cenggitu ? Sebab kat sini tak ada air !!

Payah weyh bila tak ada air ni. Semua nye serba tak kena. Tetibe pulak tu tak ada air. Lepas naik cuti sem lebih kurang dua minggu lepas kitorg punya la simpan stock air takut in case tetibe tak ada air kan.

Tapi selama dua minggu tu ada je air. Then kitorang pon guna la air tu sebab air ni kalau simpan lama-lama jadi tak bersih and takut ada nyamuk membiak pulak.

Lepas tu tetibe without any signal tak ada air pulak dekat KIY hari ni. Hah payah !

Nasib baik aku ada la jugak simpan sebotol air yang 5 liter tu kat bilik. In case kalau emergancy sangat kan.

So sesiapa yang ada air kat rumah ke kolej ke beringat and tak payah nak membazir sangat la kan. Ingat sikit kami yang tak ada air kat sini. -_-

Ingat tau ! haa so stop sampai sini je la. Nak keluar cari makanan pulak sekarang ni. hehe


OKey bubye Assalammualaikum ^_^


Assalammualaikum semuaaaa..

Semua sihat ? Aku Alhamdulilah sihat je.
So entry kali ni pasal LAB TEST ONE ! haha lab test ni hari Khamis lepas bersamaan 24.04.14 untuk subject Aplikasi Komputer & masa menjawab 2 jam je.

Sebenarnya terkilan sebab tak sempat nak siapkan lab test tu. Dah sia-sia satu jam menghadap excel untuk vlookup. Silapnya cuma tak susun yang dalam table je. Huu T_T

Lepas satu jam baru teringat kena susun then baru boleh buat. Tengah syok-syok buat lepas tu tersangkut dekat diskaun rate pulak !

Masa pon tinggal berapa minit je lagi. So tinggal excel sambung words pulak. Word cuma sempat buat surat tu n table je. Tak sempat pon nak merge gan excel.

Hah ! Stress n terkilan sangat sebab tak sempat nak siapkan. Rasa menyesal sebab dah bazirkan masa satu jam dekat benda simple cenggitu.

Entah berapa je la markah untuk lab test yang ni kan T_T

Hmmm okey la. Stop sampai sini je la ye. 

Byeee seee u later ^_^


Assalammualaikum semuaa ^_^

Nak tanya sikit, siapa ada masalah mengantuk bila study? Haa aku rasa semua student mengalami benda yang sama, termasuk aku. Hehe lagi-lagi bila kelas pagi pukul 8 tu. Da la tidur lambat, then kena bangun awal untuk pergi kelas. Sampai kelas lecturer ajar pon macam baca bed time story, memang menggalakkan tidur la kan. 

Tapi ingat, tak baik okey tidur dalam kelas. So kat sini aku nak kongsi sikit Tips Mengelakkan Menaggantuk Ketika Belajar. Selamat mengaplikasikannya ^_^

  • Basuh muka. Jika semasa guru mengajar kita terasa mengantuk, minta kebenaran keluar ke bilik air dan basuh muka.
  • Tidur awal. Disiplin diri dengan tidur awal kerana tidur awal dapat merehatkan badan dan minda secukupnya.
  • Buat senaman ringan. Lebih baik, ajak rakan-rakan sekelas lakukan aktiviti senaman bersama. Pasti terhibur dan menghilangkan rasa mengantuk.
  • Tanya soalan. Jika terasa mengantuk, angkat tangan dan tanya soalan atau beri pendapat kepada guru yang sedang mengajar. Bercakap akan hilang perasaan mengantuk.
  • Minum air masak. Air memberi tenaga kepada badan yang letih. Minum air dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan.
  • Menjaga makanan. Elak makan terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan menyebabkan keletihan dan rasa malas.
  • Duduk dengan betul dan jangan meletak kepala di atas meja. 


Hyee Asalammualaikum ^_^

Siapa suka makan ayam masak ungkep? Siapa yang tak pernah makan? Em ruginya kalau tak pernah makan. Sedap sangat lauk ni. Lagi-lagi bila makan dengan nasi putih panas-panas. Err kecur la pulak. Dah la belum lunch lagi ni.

Jom hari ni aku kongsi sikit resepi nk masak ayam ungkep ni. Family I suka sangat tau lauk ni. Hehe lagi-lagi mak yang masak memang bertambah-tambah la makan. Huu

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit 
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 cawan air
  • Garam/gula/perasa pilihan
  • 1/2 keping asam keping - opsyenal
  • Minyak masak


Bahan tumbuk / kisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah 
  • Sejemput serbuk ketumbar
  • Sejemput serbuk jintan manis
  • Sejemput serbuk jintan putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 15 biji cili padi


Cara cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur
4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Tadaaaa..... Dah siap dah ayam masak ungkep kita. Hehe selamat mencuba ^_^



Hyee Assalammualaikum

Okee topic hari ni ialah Mid Semester. Alhamdulilah sekarang ni aku dah masuk pertengahan semester bagi sem kedua kat UKM ni.

Kalau sebut pasal midsem mesti terfikir cuti kan? Hehe memang betul pon cuti seminggu, tapi lepas naik cuti tu mula la penuh dengan exam.

Btw, exam aku da lepas da pon. 3 paper je yang ada mid exam untuk sem ni which is Mikroekonomi, Mathematics and Prinsip Perakaunan je.

Cuma yang tak best nya aku study last minit sebab masa cuti tu dok enjoy tak ingat nk study. Memang ada rasa menyesal sebab tak study awal-awal. Tapi pape pon Alhamdulilah  sebab aku dah buat yang terbaik n tunggu je la keputusan nya nanti.

So sekarang ni dah boleh prepare untuk final bulan Jun nanti n kena siapkan segala project yang tertangguh tu.

Azam aku nk study betul-betul untuk final exam nanti sebab nk tebus balik apa yang dah jadi masa sem satu dulu. 

Sem ni kitorang pakat ramai-ramai nak dapatkan Dean List. Biar gempak geng 10 orang masuk dewan untuk terima DL. Hehe In Sya Allah moga dipermudahkan n paling penting nak buat mak ayah bangga :)

Korg jangan lupa doakan aku k. hehe 

Haaa okey la. Kita stop kat sini sebab nk sambung tutorial Mikro ni.


Byee Assalammualaikum :)


Hyee Assalammualaikum ^_^

Sebenarnya hari ni aku nak share sikit resepi makanan yang popular kat Johor ni. Mee Bandung Muar ! Ada tak kat sini tak tahu ape tu mee bandung ?
Jom tengok resepi mee bandung yang aku ambil dari blog MyResepi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/10603




Bahan-bahan ( utk 3-4 org makan )
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
  • ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 - 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
  • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara-cara

  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
  2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
  4. Masukkan sos tiram, udang, daging rebus batang sawi ,bahan2 sampingan dan air rebusan daging dan garam
  5. Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan2
  6. Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk..hiaskan dgn daun bawang dan daun sadri