twitter


Assalammualaikum semuaa ^_^

Nak tanya sikit, siapa ada masalah mengantuk bila study? Haa aku rasa semua student mengalami benda yang sama, termasuk aku. Hehe lagi-lagi bila kelas pagi pukul 8 tu. Da la tidur lambat, then kena bangun awal untuk pergi kelas. Sampai kelas lecturer ajar pon macam baca bed time story, memang menggalakkan tidur la kan. 

Tapi ingat, tak baik okey tidur dalam kelas. So kat sini aku nak kongsi sikit Tips Mengelakkan Menaggantuk Ketika Belajar. Selamat mengaplikasikannya ^_^

  • Basuh muka. Jika semasa guru mengajar kita terasa mengantuk, minta kebenaran keluar ke bilik air dan basuh muka.
  • Tidur awal. Disiplin diri dengan tidur awal kerana tidur awal dapat merehatkan badan dan minda secukupnya.
  • Buat senaman ringan. Lebih baik, ajak rakan-rakan sekelas lakukan aktiviti senaman bersama. Pasti terhibur dan menghilangkan rasa mengantuk.
  • Tanya soalan. Jika terasa mengantuk, angkat tangan dan tanya soalan atau beri pendapat kepada guru yang sedang mengajar. Bercakap akan hilang perasaan mengantuk.
  • Minum air masak. Air memberi tenaga kepada badan yang letih. Minum air dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan.
  • Menjaga makanan. Elak makan terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan menyebabkan keletihan dan rasa malas.
  • Duduk dengan betul dan jangan meletak kepala di atas meja. 

0 comments:

Post a Comment