twitter


Assalammualaikummmmmm ^_^

Hari ni nak cerita pasal lab test 2. Lab test kali ni pasal Microsoft Access. Alhamdulilah boleh buat cuma tak siap sikit je lagi. Sebab ada bazirkan masa untuk relationship. 

Tak tahu la kenapa tapi mula-mula aku tak boleh nak buat relationship tu. Then amek keputusan buat balik table vehicles then baru boleh byat relationship.

Tapi tak pe la. In Sya Allah ni lagi okey dari lab test yang first.

So okey la. huu Byeee ^_^ 


Assalammualaikum guyssss ^_^

Pergh tajuk Big Apple kali ni. Hehe tadi makan donut House of Mini tu. Tu yang teringin Big Apple pulak. Favorite aku tu. hehe

Memang kalau dah nak dekat-dekat exam ni semua benda kita nak makan ek? Stress mungkin. Sebab nafsu makan ni makin membuak-buak pulak. Nak Big Apple la, KFC la, pizza la. Haihh kalau ikutkan nafsu ni bankrup sebelum sempat final la jawabnya. Huuu

Tapi tak pe la, memang kalau ikutkan nafsu semua kita nk. So kita sendiri kena lah kawal nafsu n jangan layankan nafsu tu.

Em ok la. Sampai sini je cerita untuk hari ni. Btw, Good Luck untuk final exam nanti. 
Assalammualaikum



Hyee Assalammualaikum ^_^

Okey mood aku hari ni nak cerita pasal majlis jasa mu dikenang. Hee majlis ni sempena Penyerahan Jawatan Kak Fara sebagai Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)Keusahawana. So MEP yang baru bagi sesi depan ialah Fikri Herman.

Majlis ni dibuat hari Rabu lepas bersamaan 29/5/2014. Majlis kecik-kecik je. Yang best nya Kak Fara masak Bihun sup untuk ktorg. Dah jadi mantan MEP Keusahawanan la baru nak masak untuk ktorg ni. Hehe

Kak Fara dengan MEP Keusahawanan baru, Fikri Herman


Antara coretan yang ahli Kelab Keusahawan tulis untuk Kak Fara

Lastly aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Kak Fara dan senior-senior lain sebab banyak bantu n bagi tunjuk ajar kat ktorg ni. 

So I'm wanna sleep now. Its already 2am. Huu 

Good Night! Assalammualaikum ^_^


Hyee Assalammualaikum ^_^

Okey kalau korg nak tau, untuk subject Aplikasi Komputer ni aku kena buat dua tugasan. First kena buat blog ni and lagi satu kena buat access.

Blog ni tak de masalah. Tapi kenapa access aku tak boleh bukak ?! Patutla hari tu punya access yang buat dalam kelas bila transfer ke laptop aku tak boleh bukak. Ingatkan kenapa lahaii. Rupanya memang komputer aku la yang masalah.

So sekarang ni kena la pandai cari alternatif lain untuk siapkan access ni. Hm okey la. HArap harap berjaya jugak la siapakn access ni dalam masa yang ditetapkan.


Hyee Assalammualaikum ^_^

Okey hari ni aku nak cerita pengalaman sikit masa guna Microsoft Access ni.
Actually dalam kelas Aplikasi Komputer last week la first time aku guna Access ni. Kalau tak ada kelas ni entah-entah tak pernah tahu pon nak guna macam mana.

Well, aku tau nampak macam jakun and ketinggalan sikit, But do I care? Pada aku, kita tak pernah terlambat untuk belajar apa benda sekali pon. :)

So first time guna Access takut-takut gak sebab takut tak dapat ikut ke susah ke ape benda semua tu. Tapi nasib baik Dr.Norazila okey tak laju sangat, kalau laju mesti tertinggal and give up nak buat benda ni.

But yang aku tak boleh lupa bila komputer tu termati sebab kaki aku ni gatal sangat tak reti duduk diam. Then entah macam mana boleh tertutup suis komputer tu.

Okey perasaan masa tu tak tau nak cakap sebab dah buat banyak kot. Masa tu cuma terfikir harap-harap la tak hilang semua benda tu. And Alhamdulilah memang tak hilang pon segala kerja yang aku buat tu. Access ni automatik save agaknya.

Lega sangat lepas tu. Haha so lepas ni kaki tu kena jaga-jaga sikit. Hee so tu je la kot pengalaman aku untuk first time using Access ni.

Okey la cukup untuk tajuk ni. Kita jumpa untuk next topic pulak k? Huu


Byee Assalammualaikum



Hyee Assalammualaikum ^_^

Pergi cafe FST then ternampak lauk ni. Beli tapi rasa dy kurang sikit. Rindu nak makan yang mak masak. hm

Em so hari ni aku nak kongsi sikit resepi Ikan Keli Masak Pecel. Bagi yang tak tahu tu, lauk ni sebenarnya sejenis makanan jawa. Well aku kan orang Johor, tak lari la daripada jawa-jawa ni.

Jom la try masak lauk ni. Confirm korg tak kan menyesal punya.
Btw, resepi ni aku ambil dari blog FauziahSamad
http://www.dapurkakjee.com/2013/10/pecel-ikan-keli-lauk-jawa-lagi.html


PECEL CEKUR IKAN KELI

  • 5 ekor ikan keli
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • buah akar cekur (dalam dua sudu)
  • 5 helai daun cekur
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kotak santan
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan)
  • secubit gula
  • garam secukup rasa


CARA

1. Ikan Keli disiang, dibersihkan dan direndam dalam air asam Jawa kira-kira 20 mini. Kemudian dibilas dengan air biasa, ditoreh badannya dan dilumur kunyit. Kemudian dibakar hingga ¾ masak. Tepikan.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, buah akar cekur, cili api dan belacan. Kalau tak mahu guna cili padi, boleh guna cili hidup ikut selesa pedasnya.
3.  Mayang daun cekur dan daun kunyit, halus-halus.
4. Tumis bahan tumbuk guna sedikit minyak hingga wangi. Kemudian masukkan 1 kotak santan dan tambah air anggaran satu kotak.
5. Masak hingga mendidih. Bubuh garam dan gula dan masukkan daun-daun yang dimayang halus tadi.
6. Kemudian masukkan perlahan-lahan ikan Keli bakar tadi ke dalam kuah, perlahankan api dan kaup curah kuah keatas ikan.
7. Hidang panas-panas dengan nasi putih.


*** Kalau tidak dapat membakar Ikan Keli, goreng dulu pun boleh. Tapi korang tidak akan dapat rasa keenakan aroma ikan yang telah dibakar guna arang. Lagi pedas lauk ini, lagi sedap!!



Assalammualaikum ....

Hari ni dah 12 Mei, so that means sebulan lagi sebelum final exam! Dah sedia ke semua? Aku? Tak la well prepared tapi dah la jugak prepare untuk beberapa topic.

Tadi aku ada ternampak article "CARA NAK SCORE CGPA 4.0". Apa lagi cepat-cepat aku click article tu.

Sebelum tu article ni aku ambil dari blog "Cara Belajar Di Universiti" . Korg boleh la visit blog ni untuk tengok tips-tips dan cerita kejayaan pelajar kat universiti ni.

So kat bawah ni antara isi kandungan blog tu. Jom baca dengan teliti ^_^

Sejak dari mula anda menjejaki alam universiti sehingga habis belajar di semester akhir, anda wajib ada:
  • Semangat belajar anda tetap tinggi
  • Momentum belajar anda mesti tinggi
  • Matlamat anda mesti A setiap subjek
  • Tenaga anda untuk belajar teramat tinggi, walaupun sakit, anda tetap belajar
  • Sikap anda mesti terbaik dan positif
  • Mesti ada minat yang tinggi untuk belajar
Beberapa tips yang boleh diterima pakai oleh para pembaca, iaitu
  • Dapatkan GPA 4.00 pada semester pertama dan kedua. Hal ini kerana semester tersebut merupakan subjek yang paling senang. Takkan tak boleh score kan.
  • List kan subjek yang boleh score A, biasanya subjek yang pernah anda belajar seperti Mathematics.
  • List kan subjek yang anda minat, dan tumpu betul-betul untuk score A.
  • List kan subjek yang susah atau anda tidak minat, cari cara untuk minat subjek tersebut.
  • Rapat dengan pensyarah. Anda perlu berkenalan dengan pensyarah dengan lebih dekat. Lagi rapat anda dengan pensyarah, lagi banyak mereka akan TOLONG anda.
  • Cari rakan yang lemah, dan ajar mereka.
  • Push study sampai anda betul-betul faham. Tak faham, pergi jumpa pensyarah terus. Kalau ada rakan yang boleh ajar, pun ok
  • Dari semester pertama lagi anda perlu mendapat GPA yang tinggi supaya nanti CGPA anda juga turut tinggi. Jangan memandang remeh pada semester pertama dan kedua. Alang-alang baru masuk universiti, biar dapat GPA 4.00.

Dah dapat tipskan ? So let's challenge ourself to get A in all subject for this semester! In Sha Allah :)


Assalammualaikum semuaaa

Holaaa ! Hari ni aku nak kongsi sikit resepi Char Kuey Teow.
Semua tahu kan Char Kuey Teow tu apa ? Sebenarnya ni salah satu favorite food aku. Hee tapi aku suka Char Kuey Teow Udang la. Sebab aku ni tak makan kerang sebenarnya -_-

So jom usha resepi kat bawah ni. 

Untuk paste
  • 200 gm udang ( nak lebih pon boleh)
  • 250 ml air (lebih kurang 1 1/2 cawan)
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis 
  • garam dan gula secukup rasa
  • Untuk Kuey teow
  • 200 gm kuey teow (anggaran 1 cekak untuk seorang makan)
  • 1 sudu makan cili kisar
  • kerang
  • taugeh dan kucai
  • 1 biji telur

Cara penyediaan untuk paste
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. (Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama).

Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.

** Proses memasak kue teow ni hanya mengambil masa dalam 3-4 minit saja…Pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini bagi mengelakkan ianya hangus.



Tadaaa dah siap Char Kuey Teow ni. Hehehe

So selamat mencuba ^_^


Hyee Assalammualaikum :)

I'm back ! Hehe ape khabar semua ? Sihat ? Aku Alhamdulilah sihat walaupon busy sikit. Maklumlah dah nak hujung-hujung sem ni banyak project yang nak kena bentang.

Walaupon busy tapi kita kena pandai-pandai bahagikan masa antara kerja, rehat, makan dan masa bersosial.

So kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti Kelab Keusahawanan yang aku join ni.
Kalau semua nak tahu, last week bersamaan 1 hingga 4 Mei ktorg pergi ke Terengganu. Untuk program Pemantapan Kemahiran Usahawan Kolej Ibrahim Yaakub.

Sangat seronok walaupon muka ni dah gelap sikit. Maklumlah duduk kat pantaikan. Hehe Banyak aktiviti yang ktorang buat. Hari Jumaat tu ktorg just main sukaneka je dari pagi sampai la ke petang and you know what ? Team I got the first place ! wuuuu (bangga jap)

Then Sabtu plan asal pagi nak pergi tempat Keropok Lekor BTB. Nak tengok cara proses keropok lekor tu sendiri. Tapi last minit ada masalah sikit, terpaksa tukar plan and pergi ke Pasar Payang.

Lepas pergi pasar payang terus ke Noor Arfa Batik. Dekat Arfa Batik ni ktorg berpeluang buat banner. Haha lawa tau banner tu bila dah siap. Tapi pada aku banner budak laki lagi lawa la. Hehe

Banyak lagi aktiviti menarik sebenarnya. Banyak sangat kalau nak di cerita. Tapi apa-apa pon Alhamdulilah program dah berakhir dan berjalan dengan lancar.

So lepas ni dah kena buat report untuk HP tu. -_-


Sebelum tu jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.


Nak gerak ke pantai untuk sukaneka tu. Tapi sempat lagi berposing  ^_^


Berjimba di pantai lepas habis sukaneka.

okey yang atas tu banner perempuan and bawah dia pulak banner budak lelaki. lawa kan ^_^

Haa so tu je la yang dapat aku post hari ni. nak out dulu ada disscussion.


Good Night semua. Assalammualaikum


Hyeee Assalammualaikum ^_^

So sekarang dah week ke berapa ek ? Kalau tak silap aku dah week 11. So maknanya dah nak habis sem la kan. And bila dah nak habis sem ni faham-faham je la banyak nak kena bentang projek-projek yang kita dah buat sepanjang sem ni.

So far aku ada lagi 4 presentation untuk diselesaikan dalam sem ni. Wish me luck !
Hehe so hari ni aku nak share sikit tips-tips untuk present project kita dengan baik. And aku ambil tips ni dari blog Anissensuous
http://anissensuous.blogspot.com/2012/05/10-tips-pembentangan-yang-baik-dan.html


1. Improve your English
  Cuba untuk berfikir dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Presentation selalunya dalam Bahasa Inggeris. Macam-macam cara korang boleh buat untuk improve English. Dengar lagu English, present dalam English depan cermin, dan juga record video masa kita tengah praktis tu, tengok balik, perbaiki balik apa yang kurang. If we can speak English fluently, all the presentation can be as simple as ABC. 

2. Jangan stress
   Kalau present dalam keadaan stress, senyum pun akan jadi kelat tau. Korang stress, audience pun akan stress. So, jangan stress ye :) 

3. Jangan membaca 
   Untuk power point, jangan letak semua isi kat dalam slides tu. Letak point penting sahaja. Jangan pandang skrin sentiasa. Pembentangan haruslah spontan tanpa perlu membaca.

4. Tepati masa 
  Timing tu penting. Kalau seminit sahaja masa yang diberi, maksimum seminit saja yang korang boleh ambil. Macam mana nak tahu cukup ke tak masa tu, by practice.

5. Masukkan proses interaksi
  Interact with the audience! Tanya mereka soalan, buat mereka rasa yang kita sedang berkomunikasi dengan mereka.

6. Body language
  Antara body language yang sangat terkesan di hati penonton adalah dengan cara mengangkat tangan (menunjuk) ke arah mana-mana penonton bila korang tanya mereka soalan. Jangan berdiri di satu tempat sahaja. Bergerak. Break the ice.

7. Intonasi dan pitching suara
   Present pun kena ada high dengan low pitching jugak tau. Kalau mendatar saja suara tu, audience pun akan 'mendatar' jugak bila dengar pembentangan tu ;) 

8. Eye contact 
  Pandang audience. Jangan pandang siling atau lantai. Bila ada eye contact, orang yang tak tumpu perhatian pun akan memberi respon kepada korang dengan cara mengangguk setuju walaupun diorang cuma berlakon. Tak caye, cuba buat :)

9. Rehearsal
   Practice makes perfect is so true. Bila praktis dalam dua, tiga kali, atau lebih akan buat korang lebih bersedia. Banyak kesilapan boleh dielakkan kalau kita terlebih dahulu rehearse. 

10. Bayangkan penonton adalah budak sekolah rendah

   Kalau korang berjaya buat budak sekolah rendah tumpu perhatian dan dengar pembentangan korang, korang boleh present depan semua orang kat dunia ni. Budak sekolah rendah adalah penonton yang paling jujur sekali antara semua penonton. Bila diorang senyap sunyi dengan dahi berkerut, maksudnya diorang dengar pembentangan korang sebab takut kena marah dengan cikgu. Kalau diorang bising maksudnya korang dah buat diorang bosan. Kalau diorang bagi tumpuan, senyum, tengok korang, maksudnya korang dah berjaya tarik perhatian diorang. Bila penonton seronok dengar korang present, korang pun akan jadi seronok untuk present :)