Assalammualaikum ....
Hari ni dah 12 Mei, so that means sebulan lagi sebelum final exam! Dah sedia ke semua? Aku? Tak la well prepared tapi dah la jugak prepare untuk beberapa topic.
Tadi aku ada ternampak article "CARA NAK SCORE CGPA 4.0". Apa lagi cepat-cepat aku click article tu.
Sebelum tu article ni aku ambil dari blog "Cara Belajar Di Universiti" . Korg boleh la visit blog ni untuk tengok tips-tips dan cerita kejayaan pelajar kat universiti ni.
So kat bawah ni antara isi kandungan blog tu. Jom baca dengan teliti ^_^
Sejak dari mula anda menjejaki alam universiti sehingga habis belajar di semester akhir, anda wajib ada:
- Semangat belajar anda tetap tinggi
- Momentum belajar anda mesti tinggi
- Matlamat anda mesti A setiap subjek
- Tenaga anda untuk belajar teramat tinggi, walaupun sakit, anda tetap belajar
- Sikap anda mesti terbaik dan positif
- Mesti ada minat yang tinggi untuk belajar
Beberapa tips yang boleh diterima pakai oleh para pembaca, iaitu
- Dapatkan GPA 4.00 pada semester pertama dan kedua. Hal ini kerana semester tersebut merupakan subjek yang paling senang. Takkan tak boleh score kan.
- List kan subjek yang boleh score A, biasanya subjek yang pernah anda belajar seperti Mathematics.
- List kan subjek yang anda minat, dan tumpu betul-betul untuk score A.
- List kan subjek yang susah atau anda tidak minat, cari cara untuk minat subjek tersebut.
- Rapat dengan pensyarah. Anda perlu berkenalan dengan pensyarah dengan lebih dekat. Lagi rapat anda dengan pensyarah, lagi banyak mereka akan TOLONG anda.
- Cari rakan yang lemah, dan ajar mereka.
- Push study sampai anda betul-betul faham. Tak faham, pergi jumpa pensyarah terus. Kalau ada rakan yang boleh ajar, pun ok
- Dari semester pertama lagi anda perlu mendapat GPA yang tinggi supaya nanti CGPA anda juga turut tinggi. Jangan memandang remeh pada semester pertama dan kedua. Alang-alang baru masuk universiti, biar dapat GPA 4.00.
Dah dapat tipskan ? So let's challenge ourself to get A in all subject for this semester! In Sha Allah :)
