twitter


Hyee Assalammualaikum :)

I'm back ! Hehe ape khabar semua ? Sihat ? Aku Alhamdulilah sihat walaupon busy sikit. Maklumlah dah nak hujung-hujung sem ni banyak project yang nak kena bentang.

Walaupon busy tapi kita kena pandai-pandai bahagikan masa antara kerja, rehat, makan dan masa bersosial.

So kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti Kelab Keusahawanan yang aku join ni.
Kalau semua nak tahu, last week bersamaan 1 hingga 4 Mei ktorg pergi ke Terengganu. Untuk program Pemantapan Kemahiran Usahawan Kolej Ibrahim Yaakub.

Sangat seronok walaupon muka ni dah gelap sikit. Maklumlah duduk kat pantaikan. Hehe Banyak aktiviti yang ktorang buat. Hari Jumaat tu ktorg just main sukaneka je dari pagi sampai la ke petang and you know what ? Team I got the first place ! wuuuu (bangga jap)

Then Sabtu plan asal pagi nak pergi tempat Keropok Lekor BTB. Nak tengok cara proses keropok lekor tu sendiri. Tapi last minit ada masalah sikit, terpaksa tukar plan and pergi ke Pasar Payang.

Lepas pergi pasar payang terus ke Noor Arfa Batik. Dekat Arfa Batik ni ktorg berpeluang buat banner. Haha lawa tau banner tu bila dah siap. Tapi pada aku banner budak laki lagi lawa la. Hehe

Banyak lagi aktiviti menarik sebenarnya. Banyak sangat kalau nak di cerita. Tapi apa-apa pon Alhamdulilah program dah berakhir dan berjalan dengan lancar.

So lepas ni dah kena buat report untuk HP tu. -_-


Sebelum tu jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.


Nak gerak ke pantai untuk sukaneka tu. Tapi sempat lagi berposing  ^_^


Berjimba di pantai lepas habis sukaneka.

okey yang atas tu banner perempuan and bawah dia pulak banner budak lelaki. lawa kan ^_^

Haa so tu je la yang dapat aku post hari ni. nak out dulu ada disscussion.


Good Night semua. Assalammualaikum

0 comments:

Post a Comment