Hyeee Assalammualaikum ^_^
So sekarang dah week ke berapa ek ? Kalau tak silap aku dah week 11. So maknanya dah nak habis sem la kan. And bila dah nak habis sem ni faham-faham je la banyak nak kena bentang projek-projek yang kita dah buat sepanjang sem ni.
So far aku ada lagi 4 presentation untuk diselesaikan dalam sem ni. Wish me luck !
Hehe so hari ni aku nak share sikit tips-tips untuk present project kita dengan baik. And aku ambil tips ni dari blog Anissensuous
http://anissensuous.blogspot.com/2012/05/10-tips-pembentangan-yang-baik-dan.html
1. Improve your English
Cuba untuk berfikir dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Presentation selalunya dalam Bahasa Inggeris. Macam-macam cara korang boleh buat untuk improve English. Dengar lagu English, present dalam English depan cermin, dan juga record video masa kita tengah praktis tu, tengok balik, perbaiki balik apa yang kurang. If we can speak English fluently, all the presentation can be as simple as ABC.
2. Jangan stress
Kalau present dalam keadaan stress, senyum pun akan jadi kelat tau. Korang stress, audience pun akan stress. So, jangan stress ye :)
3. Jangan membaca
Untuk power point, jangan letak semua isi kat dalam slides tu. Letak point penting sahaja. Jangan pandang skrin sentiasa. Pembentangan haruslah spontan tanpa perlu membaca.
4. Tepati masa
Timing tu penting. Kalau seminit sahaja masa yang diberi, maksimum seminit saja yang korang boleh ambil. Macam mana nak tahu cukup ke tak masa tu, by practice.
5. Masukkan proses interaksi
Interact with the audience! Tanya mereka soalan, buat mereka rasa yang kita sedang berkomunikasi dengan mereka.
6. Body language
Antara body language yang sangat terkesan di hati penonton adalah dengan cara mengangkat tangan (menunjuk) ke arah mana-mana penonton bila korang tanya mereka soalan. Jangan berdiri di satu tempat sahaja. Bergerak. Break the ice.
7. Intonasi dan pitching suara
Present pun kena ada high dengan low pitching jugak tau. Kalau mendatar saja suara tu, audience pun akan 'mendatar' jugak bila dengar pembentangan tu ;)
8. Eye contact
Pandang audience. Jangan pandang siling atau lantai. Bila ada eye contact, orang yang tak tumpu perhatian pun akan memberi respon kepada korang dengan cara mengangguk setuju walaupun diorang cuma berlakon. Tak caye, cuba buat :)
9. Rehearsal
Practice makes perfect is so true. Bila praktis dalam dua, tiga kali, atau lebih akan buat korang lebih bersedia. Banyak kesilapan boleh dielakkan kalau kita terlebih dahulu rehearse.
10. Bayangkan penonton adalah budak sekolah rendah
Kalau korang berjaya buat budak sekolah rendah tumpu perhatian dan dengar pembentangan korang, korang boleh present depan semua orang kat dunia ni. Budak sekolah rendah adalah penonton yang paling jujur sekali antara semua penonton. Bila diorang senyap sunyi dengan dahi berkerut, maksudnya diorang dengar pembentangan korang sebab takut kena marah dengan cikgu. Kalau diorang bising maksudnya korang dah buat diorang bosan. Kalau diorang bagi tumpuan, senyum, tengok korang, maksudnya korang dah berjaya tarik perhatian diorang. Bila penonton seronok dengar korang present, korang pun akan jadi seronok untuk present :)
