Hyee Assalammualaikum ^_^
Pergi cafe FST then ternampak lauk ni. Beli tapi rasa dy kurang sikit. Rindu nak makan yang mak masak. hm
Em so hari ni aku nak kongsi sikit resepi Ikan Keli Masak Pecel. Bagi yang tak tahu tu, lauk ni sebenarnya sejenis makanan jawa. Well aku kan orang Johor, tak lari la daripada jawa-jawa ni.
Jom la try masak lauk ni. Confirm korg tak kan menyesal punya.
Btw, resepi ni aku ambil dari blog FauziahSamad
http://www.dapurkakjee.com/2013/10/pecel-ikan-keli-lauk-jawa-lagi.html
PECEL CEKUR IKAN KELI
- 5 ekor ikan keli
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
- buah akar cekur (dalam dua sudu)
- 5 helai daun cekur
- 1 helai daun kunyit
- 1 kotak santan
- 10 biji cili padi (ikut kepedasan)
- secubit gula
- garam secukup rasa
CARA
1. Ikan Keli disiang, dibersihkan dan direndam dalam air asam Jawa kira-kira 20 mini. Kemudian dibilas dengan air biasa, ditoreh badannya dan dilumur kunyit. Kemudian dibakar hingga ¾ masak. Tepikan.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, buah akar cekur, cili api dan belacan. Kalau tak mahu guna cili padi, boleh guna cili hidup ikut selesa pedasnya.
3. Mayang daun cekur dan daun kunyit, halus-halus.
4. Tumis bahan tumbuk guna sedikit minyak hingga wangi. Kemudian masukkan 1 kotak santan dan tambah air anggaran satu kotak.
5. Masak hingga mendidih. Bubuh garam dan gula dan masukkan daun-daun yang dimayang halus tadi.
6. Kemudian masukkan perlahan-lahan ikan Keli bakar tadi ke dalam kuah, perlahankan api dan kaup curah kuah keatas ikan.
7. Hidang panas-panas dengan nasi putih.
*** Kalau tidak dapat membakar Ikan Keli, goreng dulu pun boleh. Tapi korang tidak akan dapat rasa keenakan aroma ikan yang telah dibakar guna arang. Lagi pedas lauk ini, lagi sedap!!
