Umi Nurfazilah's Slidely by Slidely Slideshow
Umi Nurfazilah's Slidely by Slidely Slideshow
0
comments
Posted in
Labels:
PERSONAL LIFE
0
comments
Posted in
Labels:
APLIKASI KOMPUTER
0
comments
Posted in
Labels:
PERSONAL LIFE
0
comments
Posted in
Labels:
PERSONAL LIFE
0
comments
Posted in
Labels:
APLIKASI KOMPUTER
0
comments
Posted in
Labels:
APLIKASI KOMPUTER
Okey hari ni aku nak cerita pengalaman sikit masa guna Microsoft Access ni.
Actually dalam kelas Aplikasi Komputer last week la first time aku guna Access ni. Kalau tak ada kelas ni entah-entah tak pernah tahu pon nak guna macam mana.
Well, aku tau nampak macam jakun and ketinggalan sikit, But do I care? Pada aku, kita tak pernah terlambat untuk belajar apa benda sekali pon. :)
So first time guna Access takut-takut gak sebab takut tak dapat ikut ke susah ke ape benda semua tu. Tapi nasib baik Dr.Norazila okey tak laju sangat, kalau laju mesti tertinggal and give up nak buat benda ni.
But yang aku tak boleh lupa bila komputer tu termati sebab kaki aku ni gatal sangat tak reti duduk diam. Then entah macam mana boleh tertutup suis komputer tu.
Okey perasaan masa tu tak tau nak cakap sebab dah buat banyak kot. Masa tu cuma terfikir harap-harap la tak hilang semua benda tu. And Alhamdulilah memang tak hilang pon segala kerja yang aku buat tu. Access ni automatik save agaknya.
Lega sangat lepas tu. Haha so lepas ni kaki tu kena jaga-jaga sikit. Hee so tu je la kot pengalaman aku untuk first time using Access ni.
Okey la cukup untuk tajuk ni. Kita jumpa untuk next topic pulak k? Huu
Byee Assalammualaikum
0
comments
Posted in
Labels:
RESEPI
- 5 ekor ikan keli
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
- buah akar cekur (dalam dua sudu)
- 5 helai daun cekur
- 1 helai daun kunyit
- 1 kotak santan
- 10 biji cili padi (ikut kepedasan)
- secubit gula
- garam secukup rasa
CARA
1. Ikan Keli disiang, dibersihkan dan direndam dalam air asam Jawa kira-kira 20 mini. Kemudian dibilas dengan air biasa, ditoreh badannya dan dilumur kunyit. Kemudian dibakar hingga ¾ masak. Tepikan.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, buah akar cekur, cili api dan belacan. Kalau tak mahu guna cili padi, boleh guna cili hidup ikut selesa pedasnya.
3. Mayang daun cekur dan daun kunyit, halus-halus.
4. Tumis bahan tumbuk guna sedikit minyak hingga wangi. Kemudian masukkan 1 kotak santan dan tambah air anggaran satu kotak.
5. Masak hingga mendidih. Bubuh garam dan gula dan masukkan daun-daun yang dimayang halus tadi.
6. Kemudian masukkan perlahan-lahan ikan Keli bakar tadi ke dalam kuah, perlahankan api dan kaup curah kuah keatas ikan.
7. Hidang panas-panas dengan nasi putih.
*** Kalau tidak dapat membakar Ikan Keli, goreng dulu pun boleh. Tapi korang tidak akan dapat rasa keenakan aroma ikan yang telah dibakar guna arang. Lagi pedas lauk ini, lagi sedap!!
0
comments
Posted in
Labels:
TIPS-TIPS BERGUNA
- Semangat belajar anda tetap tinggi
- Momentum belajar anda mesti tinggi
- Matlamat anda mesti A setiap subjek
- Tenaga anda untuk belajar teramat tinggi, walaupun sakit, anda tetap belajar
- Sikap anda mesti terbaik dan positif
- Mesti ada minat yang tinggi untuk belajar
- Dapatkan GPA 4.00 pada semester pertama dan kedua. Hal ini kerana semester tersebut merupakan subjek yang paling senang. Takkan tak boleh score kan.
- List kan subjek yang boleh score A, biasanya subjek yang pernah anda belajar seperti Mathematics.
- List kan subjek yang anda minat, dan tumpu betul-betul untuk score A.
- List kan subjek yang susah atau anda tidak minat, cari cara untuk minat subjek tersebut.
- Rapat dengan pensyarah. Anda perlu berkenalan dengan pensyarah dengan lebih dekat. Lagi rapat anda dengan pensyarah, lagi banyak mereka akan TOLONG anda.
- Cari rakan yang lemah, dan ajar mereka.
- Push study sampai anda betul-betul faham. Tak faham, pergi jumpa pensyarah terus. Kalau ada rakan yang boleh ajar, pun ok
- Dari semester pertama lagi anda perlu mendapat GPA yang tinggi supaya nanti CGPA anda juga turut tinggi. Jangan memandang remeh pada semester pertama dan kedua. Alang-alang baru masuk universiti, biar dapat GPA 4.00.
0
comments
Posted in
Labels:
RESEPI
Holaaa ! Hari ni aku nak kongsi sikit resepi Char Kuey Teow.
Semua tahu kan Char Kuey Teow tu apa ? Sebenarnya ni salah satu favorite food aku. Hee tapi aku suka Char Kuey Teow Udang la. Sebab aku ni tak makan kerang sebenarnya -_-
So jom usha resepi kat bawah ni.
- 200 gm udang ( nak lebih pon boleh)
- 250 ml air (lebih kurang 1 1/2 cawan)
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 6 sudu besar sos tiram
- 3 sudu kecil kicap pekat
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 kiub pati ikan bilis
- garam dan gula secukup rasa
- Untuk Kuey teow
- 200 gm kuey teow (anggaran 1 cekak untuk seorang makan)
- 1 sudu makan cili kisar
- kerang
- taugeh dan kucai
- 1 biji telur
So selamat mencuba ^_^
0
comments
Posted in
Labels:
PERSONAL LIFE
I'm back ! Hehe ape khabar semua ? Sihat ? Aku Alhamdulilah sihat walaupon busy sikit. Maklumlah dah nak hujung-hujung sem ni banyak project yang nak kena bentang.
Walaupon busy tapi kita kena pandai-pandai bahagikan masa antara kerja, rehat, makan dan masa bersosial.
So kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti Kelab Keusahawanan yang aku join ni.
Kalau semua nak tahu, last week bersamaan 1 hingga 4 Mei ktorg pergi ke Terengganu. Untuk program Pemantapan Kemahiran Usahawan Kolej Ibrahim Yaakub.
Sangat seronok walaupon muka ni dah gelap sikit. Maklumlah duduk kat pantaikan. Hehe Banyak aktiviti yang ktorang buat. Hari Jumaat tu ktorg just main sukaneka je dari pagi sampai la ke petang and you know what ? Team I got the first place ! wuuuu (bangga jap)
Then Sabtu plan asal pagi nak pergi tempat Keropok Lekor BTB. Nak tengok cara proses keropok lekor tu sendiri. Tapi last minit ada masalah sikit, terpaksa tukar plan and pergi ke Pasar Payang.
Lepas pergi pasar payang terus ke Noor Arfa Batik. Dekat Arfa Batik ni ktorg berpeluang buat banner. Haha lawa tau banner tu bila dah siap. Tapi pada aku banner budak laki lagi lawa la. Hehe
Banyak lagi aktiviti menarik sebenarnya. Banyak sangat kalau nak di cerita. Tapi apa-apa pon Alhamdulilah program dah berakhir dan berjalan dengan lancar.
So lepas ni dah kena buat report untuk HP tu. -_-
Sebelum tu jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.
Haa so tu je la yang dapat aku post hari ni. nak out dulu ada disscussion.
Good Night semua. Assalammualaikum
0
comments
Posted in
Labels:
TIPS-TIPS BERGUNA
1. Improve your English
Cuba untuk berfikir dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Presentation selalunya dalam Bahasa Inggeris. Macam-macam cara korang boleh buat untuk improve English. Dengar lagu English, present dalam English depan cermin, dan juga record video masa kita tengah praktis tu, tengok balik, perbaiki balik apa yang kurang. If we can speak English fluently, all the presentation can be as simple as ABC.
2. Jangan stress
Kalau present dalam keadaan stress, senyum pun akan jadi kelat tau. Korang stress, audience pun akan stress. So, jangan stress ye :)
3. Jangan membaca
Untuk power point, jangan letak semua isi kat dalam slides tu. Letak point penting sahaja. Jangan pandang skrin sentiasa. Pembentangan haruslah spontan tanpa perlu membaca.
4. Tepati masa
Timing tu penting. Kalau seminit sahaja masa yang diberi, maksimum seminit saja yang korang boleh ambil. Macam mana nak tahu cukup ke tak masa tu, by practice.
5. Masukkan proses interaksi
Interact with the audience! Tanya mereka soalan, buat mereka rasa yang kita sedang berkomunikasi dengan mereka.
6. Body language
Antara body language yang sangat terkesan di hati penonton adalah dengan cara mengangkat tangan (menunjuk) ke arah mana-mana penonton bila korang tanya mereka soalan. Jangan berdiri di satu tempat sahaja. Bergerak. Break the ice.
7. Intonasi dan pitching suara
Present pun kena ada high dengan low pitching jugak tau. Kalau mendatar saja suara tu, audience pun akan 'mendatar' jugak bila dengar pembentangan tu ;)
8. Eye contact
Pandang audience. Jangan pandang siling atau lantai. Bila ada eye contact, orang yang tak tumpu perhatian pun akan memberi respon kepada korang dengan cara mengangguk setuju walaupun diorang cuma berlakon. Tak caye, cuba buat :)
9. Rehearsal
Practice makes perfect is so true. Bila praktis dalam dua, tiga kali, atau lebih akan buat korang lebih bersedia. Banyak kesilapan boleh dielakkan kalau kita terlebih dahulu rehearse.
10. Bayangkan penonton adalah budak sekolah rendah
Kalau korang berjaya buat budak sekolah rendah tumpu perhatian dan dengar pembentangan korang, korang boleh present depan semua orang kat dunia ni. Budak sekolah rendah adalah penonton yang paling jujur sekali antara semua penonton. Bila diorang senyap sunyi dengan dahi berkerut, maksudnya diorang dengar pembentangan korang sebab takut kena marah dengan cikgu. Kalau diorang bising maksudnya korang dah buat diorang bosan. Kalau diorang bagi tumpuan, senyum, tengok korang, maksudnya korang dah berjaya tarik perhatian diorang. Bila penonton seronok dengar korang present, korang pun akan jadi seronok untuk present :)
0
comments
Posted in
Labels:
TIPS-TIPS BERGUNA
- Pasang filter pada monitor komputer anda untuk menahan radiasi agar tidak sampai ke mata.
- Pilih monitor yang berbentuk LCD/LED.
- Jarak mata minimal 50-100 cm ke monitor komputer.
- Usahakan monitor sejajar dengan mata anda. Jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi.
- Aturlah warna pada layar monitor sehingga enak dipandang mata. Jangan terlalu terang kerana dapat menyebabkan mata anda menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap,karena akan menyebabkan mata anda bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.
- Atur screen refresh rate menjadi 75 htz. Caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor, lihat kolom screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.
- Sering kelipkan mata untuk merangsang kelenjar airmata mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi basah dan lembab.
- Pakailah kacamata khusus yang bisa dipakai pada saat menggunakan komputer.
- Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, rehatkan mata minimum 15 minit. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti pokok atau daun daunan. Kerana menurut pakar, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.
- Banyakkan memakan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak, dan selalulah berjumpa doktor untuk memeriksa mata.
- Jangan terlalu lama menggunakan jaringan wireless, hotspot, modem, wifi. Kerana bahayanya sama saja kita menggunakan HP.
- Gunakan selalu bateri pada saat menggunakan laptop untuk mengurangi radiasi yang berlebihan.
- Jangan gunakan laptop ketika sedang di cas, kerana radiasi akan semakin meningkat.
0
comments
Posted in
Labels:
PERSONAL LIFE
Semua dah mandi ke ni ? hahaha. Kenapa aku tanya cenggitu ? Sebab kat sini tak ada air !!
Payah weyh bila tak ada air ni. Semua nye serba tak kena. Tetibe pulak tu tak ada air. Lepas naik cuti sem lebih kurang dua minggu lepas kitorg punya la simpan stock air takut in case tetibe tak ada air kan.
Tapi selama dua minggu tu ada je air. Then kitorang pon guna la air tu sebab air ni kalau simpan lama-lama jadi tak bersih and takut ada nyamuk membiak pulak.
Lepas tu tetibe without any signal tak ada air pulak dekat KIY hari ni. Hah payah !
Nasib baik aku ada la jugak simpan sebotol air yang 5 liter tu kat bilik. In case kalau emergancy sangat kan.
So sesiapa yang ada air kat rumah ke kolej ke beringat and tak payah nak membazir sangat la kan. Ingat sikit kami yang tak ada air kat sini. -_-
Ingat tau ! haa so stop sampai sini je la. Nak keluar cari makanan pulak sekarang ni. hehe
OKey bubye Assalammualaikum ^_^
0
comments
Posted in
Labels:
APLIKASI KOMPUTER
Semua sihat ? Aku Alhamdulilah sihat je.
So entry kali ni pasal LAB TEST ONE ! haha lab test ni hari Khamis lepas bersamaan 24.04.14 untuk subject Aplikasi Komputer & masa menjawab 2 jam je.
Sebenarnya terkilan sebab tak sempat nak siapkan lab test tu. Dah sia-sia satu jam menghadap excel untuk vlookup. Silapnya cuma tak susun yang dalam table je. Huu T_T
Lepas satu jam baru teringat kena susun then baru boleh buat. Tengah syok-syok buat lepas tu tersangkut dekat diskaun rate pulak !
Masa pon tinggal berapa minit je lagi. So tinggal excel sambung words pulak. Word cuma sempat buat surat tu n table je. Tak sempat pon nak merge gan excel.
Hah ! Stress n terkilan sangat sebab tak sempat nak siapkan. Rasa menyesal sebab dah bazirkan masa satu jam dekat benda simple cenggitu.
Entah berapa je la markah untuk lab test yang ni kan T_T
Hmmm okey la. Stop sampai sini je la ye.
Byeee seee u later ^_^
0
comments
Posted in
Labels:
TIPS-TIPS BERGUNA
- Basuh muka. Jika semasa guru mengajar kita terasa mengantuk, minta kebenaran keluar ke bilik air dan basuh muka.
- Tidur awal. Disiplin diri dengan tidur awal kerana tidur awal dapat merehatkan badan dan minda secukupnya.
- Buat senaman ringan. Lebih baik, ajak rakan-rakan sekelas lakukan aktiviti senaman bersama. Pasti terhibur dan menghilangkan rasa mengantuk.
- Tanya soalan. Jika terasa mengantuk, angkat tangan dan tanya soalan atau beri pendapat kepada guru yang sedang mengajar. Bercakap akan hilang perasaan mengantuk.
- Minum air masak. Air memberi tenaga kepada badan yang letih. Minum air dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan.
- Menjaga makanan. Elak makan terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan menyebabkan keletihan dan rasa malas.
- Duduk dengan betul dan jangan meletak kepala di atas meja.
0
comments
Posted in
Labels:
RESEPI
- 1 kg ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit
- 2 batang serai - dititik
- 3 cawan air
- Garam/gula/perasa pilihan
- 1/2 keping asam keping - opsyenal
- Minyak masak
Bahan tumbuk / kisar:
- 5 ulas bawang putih
- 10 biji bawang merah
- Sejemput serbuk ketumbar
- Sejemput serbuk jintan manis
- Sejemput serbuk jintan putih
- 3 cm kunyit hidup
- 3 cm halia
- 15 biji cili padi
Cara cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur
4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.
0
comments
Posted in
Labels:
PERSONAL LIFE
Okee topic hari ni ialah Mid Semester. Alhamdulilah sekarang ni aku dah masuk pertengahan semester bagi sem kedua kat UKM ni.
Kalau sebut pasal midsem mesti terfikir cuti kan? Hehe memang betul pon cuti seminggu, tapi lepas naik cuti tu mula la penuh dengan exam.
Btw, exam aku da lepas da pon. 3 paper je yang ada mid exam untuk sem ni which is Mikroekonomi, Mathematics and Prinsip Perakaunan je.
Cuma yang tak best nya aku study last minit sebab masa cuti tu dok enjoy tak ingat nk study. Memang ada rasa menyesal sebab tak study awal-awal. Tapi pape pon Alhamdulilah sebab aku dah buat yang terbaik n tunggu je la keputusan nya nanti.
So sekarang ni dah boleh prepare untuk final bulan Jun nanti n kena siapkan segala project yang tertangguh tu.
Azam aku nk study betul-betul untuk final exam nanti sebab nk tebus balik apa yang dah jadi masa sem satu dulu.
Sem ni kitorang pakat ramai-ramai nak dapatkan Dean List. Biar gempak geng 10 orang masuk dewan untuk terima DL. Hehe In Sya Allah moga dipermudahkan n paling penting nak buat mak ayah bangga :)
Korg jangan lupa doakan aku k. hehe
Haaa okey la. Kita stop kat sini sebab nk sambung tutorial Mikro ni.
Byee Assalammualaikum :)
0
comments
Posted in
Labels:
RESEPI
- 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
- 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
- 1 labu bawang putih (diketuk)
- 5 biji bawang merah
- ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
- ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
- Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
- 1/2 cawan gula pasir
- 3 - 4 cawan air rebusan daging
- 1 sudu makan sos tiram
- Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
- Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
- Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
- Panaskan sedikit minyak didalam kuali
- Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
- Masukkan sos tiram, udang, daging rebus batang sawi ,bahan2 sampingan dan air rebusan daging dan garam
- Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan2
- Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk..hiaskan dgn daun bawang dan daun sadri
0
comments
Posted in
Labels:
RESEPI
Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan)
- 1 kilo ikan kembung
- 100 gm udang basah
- 10 gm isi ikan kurau (dibakar)
- 50 gm udang kering
Bahan B (dikisar):
- 3 biji bawang besar
- 15 tangkai cili kering
- 2 cm halia
- 2 cm lengkuas
- 2 cm kunyit hidup
- 2 batang serai (diketuk untuk tumis)
- 2 keping asam gelugur
- 1 kotak santan
- 1 paket kerisik
- 1 paket rempah kari
- 4 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
- 10 biji limau kasturi
- 1 biji timun (diracik halus)
- Sedikit tauge segar
- Sedikit jeruk
- 2 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah dan hijau
- Sedikit daun kesum/daun selasih
Bahan sambal belacan:
- 6 biji lada merah
- 30 gm belacan (dibakar)
- 1 biji bawang merah
- Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Rebus ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.
- Untuk menyediakan kuah pula, tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wangi
- Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa minit.
- Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.
- Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan dua mangkuk air dan masukkan asam keping.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 ½ jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
- Rebus spageti dan tos.
- Untuk menyediakan sambal belacan, mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.
0
comments
Posted in
Labels:
PERSONAL LIFE
0
comments
Posted in
Labels:
PERSONAL LIFE
Then yang ketiga aku lah. Bawah aku pulak Umi Nuratiqah Binti Mohd Hussin. Baru lepas SPM dan akan sambung pengajian peringkat diploma dekat UTHM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.
Haa ni satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Nama dia Muhammad Bin Mohd Hussin. Umur sekarang ni 16 dan sekolah dekat SMK Yong Peng n adik aku yang bongsu nama dia Umi Nursyuhadah Binti Mohd Hussin. Umur 11 tahun. Sekolah dekat SK Yong Peng.
Jom tengok gambar family aku sikit. hehe
Ni jantung hati aku. My mum and my dad^_^
Ni anak-anak dara dalam rumah aku tu . hehe
Nak letak gambar bujang-bujang dalam family aku tapi aku takde pulak gambar yang dyorg berdua je.
So tu ja la. Aku harap ikatan kekeluargaan ni tak kan pernah putus sampai ke syurga. In Sya Allah
0
comments
Posted in
Labels:
TIPS-TIPS BERGUNA

















